Harga Minyak Naik Melambung
Terima kasih kerana melawat blog kuasadua. Jika anda merasakan blog ini memberi info yang berguna untuk anda, sila subscribe RSS feed. Anda tidak akan ketinggalan maklumat terkini dari saya lagi
Salam sejahter kepada anda semua rakyat Malaysia.
Negara kita baru sahaja selesai mengadakan pilihanraya pada bulan Mac yang lepas. Pada waktu itu kerajaan berjanji tidak akan menaikkan harga minyak. Rakyat telah memilih untuk memberikan undi kepada pemimpin pilihan mereka. Kerajaan pimpinan Pak Lah sendiri masih menjadi kerajaan walaupun tanpa majoriti 2/3.
Saya cuma ingin berkongsi pandangan sahaja. Anda mungin boleh memberi komen di ruangan komen. Kenaikan pada kali ini memang tidak dijangkakan kerana ramai yang menjangkakan harga minyak akan naik pada bulan ogos ini. Langsung tiada khabar angin dari akhbar melayu arus perdana. Yang ada kedengaran cuma dari akhbar bahasa cina sahaja.
Saya sendiri memang terkejut bila mendengar pengumuman kenaikan harga minyak petang semalam. Tanpa berlengah saya pun terus ke stesyen minyak dan terkejut bila tengok dah berduyun-duyun kereta masuk untuk isi minyak. Kebanyakan semua isi penuh. Sudahlah sebelum ini kita dibebankan dengan kenaikan harga barangan keperluan seperti tepung dan beras.
Apa yang menyedihkan ialah pada rakyat yang berpendapatan rendah. Bagaimana kerajaan boleh menjamin harga barangan tak dinaikkan? Sudah tentulah mustahil tiada kenaikan.
Cuba kita fikirkan, negara kita dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan limpahan minyak di dasar laut dan negara kita adalah negara pengeluar minyak. Tambahan pula minyak kita mempunyai kualiti yang sangat baik dan boleh dijual dengan harga yang tinggi. Jadi setiap kali harga minyak dunia naik, Petronas akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Ini bermakna keuntungan yang anda sepatutnya diperuntukkan untuk rakyat.
Kerajaan tidak boleh membuat perbandingan dengan negara-negara Asean yang lain. Perbandingan ini tidak adil kerana di negara seperti Singapura harga minyak nya mencecah RM5/liter tetapi pendapatan rakyatnya jauh lebih tinggi berbanding kita. Jadi bila buat perbandingan kena dibandingkan sekali pendapatan per kapita rakyatnya.
Apa yang membingkan sekiranya kuasa membeli rakyat menurun maka negara akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang negatif. Kita amat mengharapkan kerajaan akan mempertimbangkan semula kenaikan harga ini.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
































