Blog KuasaDua USANA Kebebasan Kewangan & Sihat Sepanjang Hayat

18Feb/090

MEMBAWA PROSPEK KE ‘BUSINESS PREBIU’

· Berikut disenaraikan ayat2 yang patut anda gunakan untuk mengajak kengkawan anda.

· Jangan cerita banyak2, ditakuti anda menyebarkan ajaran sesat.

· Dan sememangnya kengkawan kita berfikiran negatif terhadap apa yang kita ceritakan kerana kita tak ada pengalaman.

· Jaga reputasi dan kredibiliti anda dengan tak cerita banyak2. (Lagi banyak anda cerita lagi mereka tak percaya, lagi mereka negatif lalu mereka mencipta alasan untuk anda. Dan biasanya alasan tersebut bertemakan ‘mengapa anda tidak perlu mendapat pendapatan RM20,000 sebulan’. Mereka rela bersusah payah beralasan kerana tidak rela sakit mata serta pedih hati bila tengok anda berjaya).

· Ingat : Orang gagal sememangnya tidak suka kepada orang berjaya dan sedang menuju kejayaan.

· Cuma pilih satu ayat di bawah & gunakannya.

KATEGORI AYAT SKEMA

“Saya baru terjumpa satu peluang bisnes part time yang bagus dan saya amat tertarik dengannya. Jom ikut saya malam ini.”

“Saya baru saja menemui satu bisnes yang memerlukan lebih dari seorang untuk menjalankannya. Jom ikut saya malam ini.”

“awak berminat tak untuk mendapat ‘side income’ RM1000 dan ke atas sebulan. Jom ikut saya malam ini.”

Awak serabut tak dengan rutin kita sekarang ni: study – makan – tido – tak ada duit. Saya dah tahu bagaimana nak buat perubahan untuk lebih enjoy dan dapat duit. Jom ikut saya malam ini.”

“Saya sekarang terlibat dalam satu bisnes menolong orang dapat side income. Saya rasa ko kena tengok. Jom ikut saya malam ni.”

“Jika saya tunjuk kat awak jalan untuk mendapat income waktu belajar, tanpa ganggu study, awak nak tahu tak? Jom ikut saya malam ni.”

KATEGORI AYAT POWER

Apa impian ko?”

“Ko nak jadi jutawan tak?”

“Ko minat duit tak?”

“Ko pernah jumpa tak bisnes yang untung besar tapi modal kecil?”

“”Bila ko rasa ko boleh pakai Mercedes Benz Compressor?

“Ko nak tak kalo aku nak bagi duit kat ko?”

“Kau nak tak bersara muda bersara kaya?”

Filed under: Softskills No Comments
18Feb/090

Apa Yang Perlu Dibuat Selepas Habis Present ??

SETELAH SELESAI ‘TABLE TALK’

· Diam 2 minit untuk rehatkan minda prospek anda.

· Tanya: “So, apa pendapat kau.” Tunggu jawapan atau pun pantun daripada mereka. Cuba menjadi pendengar yang cemerlang dengan tidak memotong cakap  mereka. Tunggu sehingga mereka selesai memberi pendapat.

· Lepas 10 saat barulah anda membalas pendapat mereka tanpa mengguris perasaan mereka. Jangan tanya nak join atau tidak kerana jawapan yang anda terima pasti tidak.

· Tanya mereka: “Bila kita nak mula?” / “Ko nak tak pakai BMW?” / “bahagian mana yang belum faham....boleh kita cari penyelesaian” atau rekalah sendiri soalan anda.

· Jangan guna ayat yang “menolak” seperti....”masuklah..”, guna ayat yang “menarik” mereka seperti....”bila ko bercadang nak pakai BMW?

Dapatkan jawapan mereka pada waktu itu juga.

· Jangan benarkan mereka “berfikir dahulu” kerana bila mereka  berjumpa kawan2, mereka akan mula negatif dan berfikir untuk dia. Nyatakan pada dia: Masa Depan Kita, Tanggungjawab Kita.

· Kalau dia berkeras tak nak pakai BMW dalam tempoh 1 tahun (Tak nak join), tanya siapa antara kawan2 mereka yang nak (mendapatkan referrals).

· Kalau dia kata: “saya minat tapi saya tak ada RM850.” Anda perlu jujur kepada prospek anda dalam hal ini yang dia tak akan berjaya jika tidak bermodal.

· Jawapannya: “samalah kita, saya dulu pun macam tu, lepas saya terpikir balik; kalau aku serius nak bina masa depan RM850 boleh pinjam kat mana-mana sebagai modal perniagaan, lagi pun RM850 tu tak besar berbanding hasil RM20,000 yang kita akan dapat.”

· Kalau dia masih mempunyai alasan atau sedang mereka menolak , nyatakan “hanya orang yang serius nak bina masa depan sahaja boleh mengadakan RM850 dan sebenarnya bisnes ini bukan untuk orang yang minat sahaja tetapi untuk orang yang serius ! TIADA ALASAN UNTUK BERJAYA !”

· Lepas itu tanya dia: “apa pendapat awak tentang USANA?”/ “Adik2 awak yang lain ada tak yang sesuai untuk bisnes ni?” / “Awak rasa kelurga awak perlu tak guna suplemen USANA?”


· Kalau fikiran mereka dah tertutup, mereka akan menjawab yang bukan2, dan sememangnya pintu rezeki dia untuk menjadi jutawan bersama USANA telah tertutup oleh mereka sendiri. Ucap terima kasih pd mereka dan perdengarkan kepada mereka ucapan yang baik2 seperti: “Saya doakan awak berjaya dalam hidup dan saya doakan keluarga awak sentiasa sihat”. Senyum dan ucap terima kasih kerana sudi meluangkan masa.

· Biasanya dari 3 orang anda bawa, 2 org akan menolak dengan pelbagai alasan (secara tiba2), hanya seorang sahaja akan serius bertanya: “ Bila aku boleh bagi RM850?”.


Untuk mereka yg BERMINAT dan SERIUS tadi teruskan dengan tindakan sewajarnya

Filed under: Softskills No Comments
18Feb/090

Beberapa Tips Closing

Salam...

Hari ini cuma nak berkongsi beberapa ayat closing semasa kita table talk/present USANA kepada prospek. Biasanya kelemahan ketara semasa presentation ialah closing yang agak lemah. Saya telah mencari cara2 closing dan akhirnya terjumpa dengan sebuah artikel Teknik Closing yang sangat berkesan. Saya telah menyusunnya semula dan diolah mengikut kesesuaian bisnes USANA.

Saya sendiri dalam proses mempraktikkan dan hari ini saya dapat close seorang prospek dr flyers. Dia telah mendaftar dan mengaktifkan 3BC. Alhamdulillah cara yang diberikan dalam teknik ini amat berkesan. Kepada sahabat semua download lah teknik ini dan cuba praktikkan.

Semoga berjaya membuat CLOSING !!

Download dari link di bawah ini

MODUL POWER CLOSING

Filed under: Softskills No Comments
10Feb/090

Mengkaji Pasaran Anda & Teknik Promosi Bisnes

Terdapat tiga jenis market / prospekting.  Kenali mereka:

1. HOT MARKET     2. WARM MARKET     3. COOL MARKET

HOT MARKET
Terdiri daripada anggota keluarga serta kawan paling rapat.  Anggarannya dalam 10 - 20 orang sahaja.

WARM MARKET
Terdiri daripada kawan-kawan, jiran tetangga, rakan sekerja dan antara kenal dan tak kenal.  Bilangannya dalam lingkungan 50 - 200 orang sahaja.

COOL MARKET
Orang awam seluruhnya dan jumlahnya INFINITI!

FAKTA DAN RASIONAL

  • HOT MARKET:  Ramai orang gagal kerana memilih HOT MARKET sahaja, yang mana bilangan serta potensinya adalah terhad.  Ramai pula yang memilih WARM MARKET dan gagal juga kerana golongan ini tahu latar belakang kita dan biasanya memberi tamparan negatif seperti: "kau buatlah dulu, dah kaya boleh aku pinjam duit..." atau "jangan nak temberang la, kau pun takde apa-apa lagi..."
  • WARM MARKET:  Amat sesuai untuk kita panggil, tetapi timbul banyak masalah kalau tak kena cara.  Antaranya ialah prospek tak datang atau beri alasan serta rejection yang amat dahsyat.  Rejection pertama yang saya terima ialah "asyik keluar duit je, bila nak kaya?"
  • COOL MARKET:  Jika anda memilih golongan ini maka anda adalah seorang yang bijak dan akan berjaya, kerana ada banyak potensi untuk bertemu prospek dari golongan usahawan, lawyer, doktor, salesman dan sebagainya.  Dan paling penting, mereka menghormati anda kerana belum kenal atau rapat sepenuhnya. Internet,   Flyer dan SMS power adalah cara yang terbaik untuk menarik golongan ini.  Kemudian, ajar downline anda gunakan cara ini supaya tidak kehausan prospek.


TIPS

1. Cara nak "handle" WARM MARKET adalah menggunakan 3rd party (pihak ketiga) iaitu upline kita.  Biar upline kita buat table talk dan closing bagi pihak kita.  Ini kerana, kawan-kawan kita lebih respect orang luar  berbanding kita

2. Cara untuk mencari COOL MARKET mudah sahaja.  Sebarkan flyers di merata tempat. Contohnya peti surat, kereta, bawah pintu dan sebagainya.  Cara lain adalah dengan menggunakan SMS power.  Nombor telefon boleh didapati dari majalah, akhbar, keratan iklan di bus stop, banner dan sebagainya.


1.  SMS power

Contoh 1: Ramai orang menghadapi masalah kewangan tetapi tidak tahu mengatasinya.  Hubungi saya sekiranya anda mahu mengatasinya.

Contoh 2: Pernahkah anda rasa income anda setahun menjadi income anda sebulan atau income sebulan menjadi income sehari?  Nak tahu hubungi @ sms 013-XXX XXX

Contoh 3: New idea in making money, simple plan making money with no risk!  Never try never know.  Interested?? SMS @ call me 019-XXX XXXX


TIPS

  1. Cara sms adalah 3 kali berturut-turut (3 hari).  Hal ini kerana, pada kali pertama, sms anda akan dipadamkan.  Sms kali kedua prospek akan mula perasa 4 angka terakhir nombor telefon anda dan sms kali ketiga barulah dia akan bertanya kepada anda

2.  Cara menjawab sms atau email

Contoh 1

Tahniah kerana anda orang ke 10 menghubungi saya.  Sila nyatakan nama, umur, tempat tinggal dan masa yang sesuai untuk saya terangkan sesuatu yang menarik untuk anda. Terima kasih.

Contoh 2

Tahniah kerana berkata "YES" kepada peluang yang saya beri.  SMS / e-mail kan nama anda dan saya akan hubungi anda untuk tetapkan tarikh temujaji secara live dengan saya.

Contoh 3

Terima kasih kerana sabar menunggu.  Saya bersama pelanggan saya sekarang.  Sila nyatakan nama, umur, tempat tinggal dan masa yang sesuai untuk saya terangkan rahsia bagaimana saya dapat RM20,000.00 dalam masa 7 bulan.  Penerangan saya adalah percuma.

Contoh 4

Tahniah!  Anda pemanggil yang ke 15 pada hari ini.  Sila sms nama, tempat tinggal dan saya akan hubungi anda untuk menetapkan tarikh temujanji 30 minit secara live dengan saya.  Saya akan hubungi anda selepas selesai perbincangan dengan pelanggan saya.

Contoh 5

Maaf dan terima kasih kerana sabar menanti.  Adakah anda "free" sekarang?  Saya ingin menghubungi anda untuk menetapkan tarikh temujanji kita.

TIPS

  • Dapatkan temujanji dengan prospek dan bukannya menerangkan dengan panjang lebar pasal bisnes kita dalam telefon.

Bersambung ke post akan datang......

Related Posts with Thumbnails
Filed under: Softskills No Comments
   
Photobucket

Blog Isteri Tercinta

Kesihatan

Keusahawanan

USANA

FaceBook Saya

Recent Posts

Categories

Recent Comments

Archives

Live Traffic

Photobucket
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.