CERITA SEEKOR KUDA DAN SEMUT
ADA suatu hari, seekor kuda sedang beristirehat kerana merasa kepenatan setelah memikul barangan yang membebankan. Beban yang cuma sebesar setengah daripada punggungnya itu telah diletakkan dipunggungnya oleh majikan kuda itu.
Perjalanan yang begitu berat ditambah pula hari yang begitu panas terik, maka kuda itu pun beristirehat di pohon rendang, dengan nafas yang termengah-mengah dan mulutnya berbuih-buih.
Ketika kuda itu sedang beristirehat tidak sengaja lalulah segerombolan semut yang kelihatan sedang bernyanyi-nyanyi dengan riang gembira sambil membawa makanannya juga.
Sambil membawa beban masing-masing, ada yang membawa bangkai, tulang-tulang binatang termasuk cebisan-cebisan ayam dan sebagainya lagi. Kuda itu itu terasa kehairanan apabila melihat segerombolan semut itu senang hati dengan riang gembira bernyanyi-nyanyi.
Semut juga melihat kuda terduduk dalam keadaan kepenatan. Sebaik sahaja menghapiri kuda tersebut, pimpinan semut itu bertanya kepada kuda, “hai kuda, apa yang sedang kau lakukan di sini.”
“Saya sedang berehat wahai semut,” jawab kuda.
“Kenapa kau kelihatan begitu penat sekali,” tanya semut lagi.
“Itulah dia saya begitu penat sekali sebab membawa beban ini, beban yang tidak sebesar badanku ini tapi tersangatlah penat bagiku,” jawab kuda itu lagi.
Maka semut itu pun bertanya, “punya siapakah beban yang kau bawa itu, wahai sang kuda?”
Maka kuda pun menjawab, “punya bosku yang ada di sana yang sedang minum dan makan-makan di bawah pohon itu.”
“Oh begitulah ceritanya,” kata sang semut tersebut sambil tersenyum..
Sang kuda berkata, “eh! Kamu semua kenapa begitu gembira?” kata sang kuda kepada sang semut tadi.
“Kami memang begini setiap hari. Kami juga membawa beban yang berat bahkan lebih berat dari badan kami tetapi kami rasa gembira sekali.”
“Kenapa boleh jadi begitu ya?” tanya sang kuda dengan rasa hairan.
Ketua semut itu diam sejenak lalu berkata: “Barangkali kerana kita mempunyai jurang perbezaan wahai kuda.”
“Apa itu perbezaannya?” tanya kuda.
“Kamu membawa beban yang berat tetapi beban yang berat itu bukan kepunyaanmu, punya majikanmu yang sedang makan minum di bawah pohon sana sedangkan kami semua membawa beban memang lebih besar daripada badan kami tetapi beban-beban ini adalah punya kami sendiri, bukan punya bos kami,” demikian penjelasan semut itu.
Kuda itu termanggu-manggu tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tetap seekor kuda.
Apa moral dari cerita ini, barangkali kita pernah mendengar: “Saya tidak pernah berhenti, saya tidak akan menyerah.” Mengapa orang-orang yang sudah punya penghasilan yang begitu besar tidak pernah penat, tidak pernah menyerah.
Jawapannya cuma satu kerana mereka membawa beban yang dimiliki oleh mereka sendiri, bukan milik orang lain. Ini juga adalah ciri yang paling jelas mengenai perbezaan antara orang yang menjadi usahawan dengan orang yang bekerja makan gaji.
Tabiat Orang Berjaya
PERNAHKAH sebelum ini anda berfikir kenapa orang yang berjaya dalam kerjaya mereka boleh menjadi kaya, manakala setengah yang lain pula tidak berubah malah terus merosot dan menjadi semakin miskin?
Bagi yang berjaya, kita ingin mengetahui apakah faktor-faktor yang menyebabkan mereka berjaya.
APA yang menjadikan motivasi kepada diri mereka? Berapa jam mereka bekerja? Dan apakah pegangan mereka sehingga mereka berjaya mencorak kehidupan yang berbeza daripada orang lain?
Kalau kita perhatikan, orang yang berjaya mempunyai persamaan dalam beberapa ciri tertentu. Salah satu dari ciri yang terdapat pada orang yang berjaya ialah mereka merupakan pengurus masa yang baik.
Mereka menghabiskan masa di pejabat secara efisyen kerana mereka menyerahkan jiwa dan raga mereka hanya untuk bekerja. Mereka mencintai apa yang mereka lakukan.
Lazimnya lebih tinggi pangkat seseorang pekerja, maka lebih lamalah dia bekerja, ada sesetengahnya sehingga 60 jam seminggu berbanding 48 jam bagi pekerja biasa. Ada yang memulakan kerja pada awal pagi dan ada pula sesetengahnya memulakan kerja selepas sahaja sembahyang subuh. Mereka menggunakan jam untuk mengawal waktu bekerja.
Mereka hanya memerlukan waktu tidur yang singkat berbanding orang biasa yang memerlukan 8 jam. Walaupun masa tidur yang pendek, ia tidak menjejaskan kesihatan kerana mereka sihat dan bersemangat.
Ciri lain bagi orang bijak mengurus masa termasuklah sikap yang positif, berkeupayaan memberi lebih tumpuan kepada perkara yang berkepentingan tinggi bukan yang remeh-temeh.
Tetapi terdapat beberapa halangan yang sentiasa mengganggu keberkesanan bekerja termasuklah gangguan sosialisasi, mesyuarat yang boleh dielakkan dan mengutamakan kerja-kerja yang kurang kepentingannya.

Bagi seseorang eksekutif yang bijak, mereka tahu bagaimana hendak menggunakan masa dengan berkesan. Mereka hanya melakukan sesuatu yang produktif dan memberi perhatian kepada aktiviti yang mempunyai kepentingan dan keutamaan yang tinggi.
Mereka juga akan memastikan semua rancangan berjalan dengan lancar dan orang bawahan menjalankan tugas penuh efisyen. Mereka juga menggalakkan orang bawahan menjalankan tugas mereka dengan cara tersendiri asalkan hasil yang dikehendaki tercapai. Mengurus masa dengan baik dalam waktu santai turut menjadi ciri penting eksekutif berjaya.
Mereka yang berjaya memilih sukan seperti golf, jogging dan tenis dan tidak kurang juga yang memilih untuk mengisi masa dengan membaca. Mereka yang banyak menggunakan masa untuk menulis pada waktu yang sama untuk mengurus syarikat akan membahagikan masa tertentu untuk kedua-dua tujuan tersebut.
Menurut Peter Drucker dalam bukunya ‘working Smart’, orang yang berjaya akan bertanya kepada diri mereka apakah yang diharapkan oleh orang lain darinya daripada memikirkan teknik atau cara untuk kakitangan menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberi.
Mereka membina kekuatan diri, begitu juga dengan kekuatan orang-orang yang bekerja di sekeliling mereka. Apabila berlaku sebarang masalah kakitangan atau ketidakcekapan. Mereka lebih memberi fokus kepada peluang yang dicetuskan dan bukan menghabiskan masa untuk memikirkan mengenai masalah mereka.
Dengan memberi fokus kepada sesuatu yang utama bermakna mencari keadaan paling baik untuk menghasilkan produktiviti secara optimum. Susun dan pegang keutamaan-keutamaan itu dengan melakukan perkara yang utama dulu supaya kita mempunyai masa untuk memberi tumpuan kepada tugasan lain.
Dengan cara ini adalah mudah untuk kita memberi masa yang bekualiti kepada sesuatu projek yang sedang kita laksanakan. Membuat keputusan yang berkesan juga merupakan satu lagi ciri yang penting.
Pengurus yang berjaya boleh membuat keputusan dengan cepat dan berpegang kepadanya. Jika tersalah membuat keputusan, mereka belajar daripada kesilapan itu dan tidak membuang masa membincangkan hal tersebut.
Cuba sesuatu yang baru
Manusia ialah insan yang mempunyai 'tabiat' - sering
mengulangi perkara-perkara yang sama.
Sebagai contoh, apabila pergi makan di restoran,
sering kita memesan makanan yang sama, lauk yang
sama dan minuman yang sama. Apabila pergi
bersiar-siar, sering pergi ke shoppng complex
yang sama.
Dari semasa ke semasa, pecahkan tabiat anda kerana
ia akan memberi momentum kepada diri anda mencuba
sesuatu yang baru dan berlainan. Walaupun tabiat
mudah seperti memesan makanan yang lain, ia akan
memberi perasaan "mencuba sesuatu yang tidak tahu"
kepada diri anda.
Dan sekiranya anda sudah amat selesa dengan kerja
makan gaji apakata pecahkan habit itu dengan membuat
perancangan sebuah perniagaan.
Buat perancangan sahaja.. jangan pula berhenti
kerja dan mulakan perniagaan terus.
Latihan-latihan kecil ini akan membuka minda kita
untuk mencuba sesuatu di luar zon selesa kita.
Keluar dari zon selesa ialah langkah-langkah awal
untuk mencapai kejayaan yang lebih HEBAT !!