Blog KuasaDua USANA Kebebasan Kewangan & Sihat Sepanjang Hayat

25Oct/091

Penyakit Jantung Pembunuh Utama di Malaysia

Hari ini saya terbaca satu artikel yang dikeluarkan oleh Berita Harian. Sebanyak 7579 pesakit meninggal dunia di hospital disebabkan penyakit jantung

KUALA LUMPUR: Penyakit jantung dan penyakit pulmonari adalah pembunuh utama di hospital kerajaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata 16.5 peratus daripada 45,936 kematian di hospital kerajaan tahun lalu disebabkan penyakit jantung.

"Jumlah ini adalah besar dan kami mahu sokongan semua sektor untuk mencari kaedah dan cara bagi mengurangkan penyakit jantung, yang kini semakin meningkat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan "Heart House", Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia (NHAM) di sini, hari ini.

Beliau berkata di negara ini, penyakit jantung koronari dianggarkan dihidapi 141 orang bagi setiap 100,000 penduduk setiap tahun.

Katanya, ini bermakna bagi penduduk yang berjumlah 27 juta orang, kira-kira 38,000 kes baru penyakit jantung koronari dijangka berlaku setiap tahun.

"Ini adalah satu bebanan kepada sistem penjagaan kesihatan kita. Kira-kira 60 peratus daripada kes ini akan diuruskan di unit penjagaan koronari kementerian, manakala bakinya pula mendapatkan rawatan di kemudahan kardiak swasta dan bukan kerajaan," katanya.

Bagi mengurangkan bebanan itu, Liow menasihati orang ramai supaya mengawasi faktor risiko untuk menghidap penyakit jantung, termasuk tekanan darah tinggi, kolestrol darah tinggi, merokok, kurang bersenam serta pemakanan tidak seimbang, dan mendapatkan rawatan awal. - Bernama

Kalau dilihat dari senario ini ia amat membimbangkan kerana penyakit jantung ini boleh datang seawal usia 40an. Jadi mari kita sama-sama mengamalkan vitamin dari USANA terutamanya CoQuinone untuk menjaga kesihatan jantung kita.

Related Posts with Thumbnails
Comments (1) Trackbacks (0)
  1. ramai yg x sayang jantung mereka lg agaknya.. :(


Leave a comment


No trackbacks yet.

Photobucket

Blog Isteri Tercinta

Kesihatan

Keusahawanan

USANA

FaceBook Saya

Recent Posts

Categories

Recent Comments

Archives

Live Traffic

Photobucket
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.