Kisah Kejayaan Dr Zaifuddin
Lulusan PhD pilih MLM untuk capai impian
BUKAN mudah untuk golongan berpendidikan tinggi, apatah lagi memiliki kerjaya yang begitu kukuh menerima konsep pemasaran berbilang tingkat (MLM) di dalam kotak pemikiran mereka.
Namun, tidak bagi Dr Zaifuddin Md Rasip yang memiliki kelulusan ijazah kedoktoran (PhD) dalam pengajian teologi, pengkhususan dalam Pengajian Islam dan Undang-undang Islam.
Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Pembantu Profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan gaji bulanan yang agak stabil, telah menjadikan MLM sebagai kerjaya yang mampu merealisasikan impian hidupnya.
Meskipun pada peringkat permulaannya agak skeptikal dan menolak, setelah 10 tahun berkhidmat di UIAM, Dr Zaifuddin yang fasih berbahasa Arab itu nekad meletak jawatan pada tahun 2004 semata-mata untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang MLM.
Bagaimana stigmanya terhadap MLM boleh berubah? Ketika berkunjung ke kediamannya baru-baru ini, beliau memberitahu: “Saya telah mengkaji MLM dari pelbagai sudut ketika berada di UIAM lagi."
"Saya tertarik dengan MLM disebabkan oleh faktor kebebasan kewangan dan kebebasan masa.”
Tambah Dr Zaifuddin, buku-buku seperti Copy Cat Marketing 101, Who Stole The American Dream dan The Business School, telah membuka mindanya untuk menerima konsep MLM.
“Selain buku-buku tersebut, Paul Zane Pilzer, seorang ekonomis, seorang profesor dan bekas penasihat kepada dua orang Presiden Amerika Syarikat menjangka bahawa industri yang cukup berkembang pesat di abad ini adalah MLM. Semua ini telah membuka minda saya untuk memilih MLM sebagai kerjaya,” jelasnya kepada majalah SUKSES ketika diwawancara di kediamannya.
Pada tahun 2001, Dr Zaifuddin menyertai sebuah syarikat MLM. Ternyata ciri-ciri keusahawanannya terserlah apabila berjaya mencapai tahap tertinggi dalam syarikat berkenaan dengan pendapatan lima angka setiap bulan.
Tidak cukup dengan itu, empat orang jaringannya turut mencapai tahap tertinggi.
Bagaimanapun, pada 16 Januari 2007, beliau menghantar surat ‘resign’ dan meninggalkan syarikat berkenaan dalam keadaan pendapatannya masih lagi kekal lima angka manakala seorang lagi jaringannya mencapai tahap tertinggi.
Beliau nekad berbuat demikian untuk menyertai USANA pada 17 Januari 2007.
“Rekod saya di Kuala Lumpur adalah yang kedua tertingi dalam syarikat lama. Ketika itu saya baru balik dari San Francisco untuk meraikan ulang tahun syarikat berkenaan.
"Daripada 96 orang delegasi Malaysia yang pergi, saya di kalangan 13 orang yang dapat anugerah ‘The Best Distributor’ di Malaysia.
"Tetapi kenapa saya menyertai USANA? Saya kenal USANA sebelum saya menyertai syarikat lama. Dalam kajian saya terhadap MLM, USANA adalah syarikat yang paling top mengikut pandangan badan penyelidikan bebas. Ini salah satu faktor kenapa saya pilih USANA.
"Yang kedua adalah dari segi kualiti produknya yang dicipta oleh seorang saintis. Kalau mengikut pandangan pihak ketiga itu menunjukkan produk USANA adalah yang terbaik. Dan yang ketiga adalah faktor pelan pemasaran yang berbeza dari yang lain,” jelas ayah kepada lima orang anak ini.
Sebaik sahaja menyertai USANA, beliau tidak menoleh ke belakang lagi dan memberi sepenuh perhatian untuk mengembangkan perniagaannya. Bermula dari kosong, beliau akhirnya berjaya meraih pendapatan lima angka dalam bulan pertama penyertaannya.
Dalam tempoh enam bulan, Dr Zaifuddim berjaya mencapai tahap PENGARAH EMAS pada 7 Julai 2007. Pendapatan yang beliau peroleh ketika itu lima kali ganda melebihi gajinya ketika menjadi Pembantu Profesor di UIAM. Beliau meningkat dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi.
Beliau juga telah berjaya mencapai tahap PENGARAH DELIMA. Beliau percaya pada kerja keras mendatangkan hasil yang lumayan. Untuk membuktikannya, beliau mensasarkan untuk mencapai tahap Intan pada tahun 2008.
Ketika ditanya mengenai rahsia kejayaan, Dr. Zaifuddin berkata: “Untuk berjaya, ada empat langkah yang selalu saya pegang. Langkah pertama adalah BIG DREAM. Kita mesti ada impian yang besar. Langkah kedua adalah FOKUS. Untuk mencapai impian yang besar, kita mesti fokus.”
“Untuk mendapatkan fokus, mesti ada langkah yang ketiga iaitu KESUNGGUHAN. Apabila sudah bersungguh-sungguh langkah terakhir adalah DOA. Banyakkan berdoa sebab yang membuka pintu hati prospek yang kita temui adalah Tuhan, kita hanya menyampaikan sahaja. Inilah prinsip yang saya pegang,” tegasnya mengakhiri sesi temubual tersebut.
Dipetik dari Majalah SUKSES Versi Online
http://www.sukses.my/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=58&Itemid=53







August 11th, 2009 - 00:42
salam..bestnye tgk kejayaan org lain.
saya & suami dah join Usana tp just nak buat supplement family.
Teringin jg nak buat biz tp tak tau nak buat mcm mana.
kami pula beli 3BC..fikir2 tu mmg rugi kalau tak buat biz..
tp bila fikir modal yg byk tu, kami tak yakin boleh yakinkan org lain utk join wlupun 1Bc.
Harap boleh tunjuk ajar.
August 23rd, 2009 - 09:48
salam zie….rasanya blh buat biz usana tu….org hai-o pun blh buat dgn modal 23000 lg, takkan 2300 kite tak leh buat. Ada cara dan gaya kite blh brjaya n produk mmg ada kualiti dgn izin allah taala…so crita pasti jaya…salam
August 28th, 2009 - 01:43
Utk berjaya kita kena set dulu kejayaan dlm diri kita..Usah letak sebarang halangan atau memikirkan tentang persepsi org. modal utk berniaga 2k adalah kecil berbanding hendak memulakan perniagaan konvensional. Lagipun produk USANA adalah yg terbaik utk dikongsikan..Ramai org menghargainya dan berpuashati
September 9th, 2009 - 02:17
Tahniah Dr Zaifudin…. Anda memang berhak untuk Berjaya….. anda telah memenuhi segala kehendak untuk berjaya dan lulus segala ujian untuk ketahap itu. Tahniah sekali lagi,semoga dengan kejayaan anda akan memberi insprasi kepada rakan kongsi semua. – Jet Li(M)
September 10th, 2009 - 22:12
Terima kasih atas komen saudara Jet Li.. Anda mmg usahawan MLM yang saya respect sekali..