Blog KuasaDua USANA Kebebasan Kewangan & Sihat Sepanjang Hayat

10Feb/090

Mengkaji Pasaran Anda & Teknik Promosi Bisnes

Terdapat tiga jenis market / prospekting.  Kenali mereka:

1. HOT MARKET     2. WARM MARKET     3. COOL MARKET

HOT MARKET
Terdiri daripada anggota keluarga serta kawan paling rapat.  Anggarannya dalam 10 - 20 orang sahaja.

WARM MARKET
Terdiri daripada kawan-kawan, jiran tetangga, rakan sekerja dan antara kenal dan tak kenal.  Bilangannya dalam lingkungan 50 - 200 orang sahaja.

COOL MARKET
Orang awam seluruhnya dan jumlahnya INFINITI!

FAKTA DAN RASIONAL

  • HOT MARKET:  Ramai orang gagal kerana memilih HOT MARKET sahaja, yang mana bilangan serta potensinya adalah terhad.  Ramai pula yang memilih WARM MARKET dan gagal juga kerana golongan ini tahu latar belakang kita dan biasanya memberi tamparan negatif seperti: "kau buatlah dulu, dah kaya boleh aku pinjam duit..." atau "jangan nak temberang la, kau pun takde apa-apa lagi..."
  • WARM MARKET:  Amat sesuai untuk kita panggil, tetapi timbul banyak masalah kalau tak kena cara.  Antaranya ialah prospek tak datang atau beri alasan serta rejection yang amat dahsyat.  Rejection pertama yang saya terima ialah "asyik keluar duit je, bila nak kaya?"
  • COOL MARKET:  Jika anda memilih golongan ini maka anda adalah seorang yang bijak dan akan berjaya, kerana ada banyak potensi untuk bertemu prospek dari golongan usahawan, lawyer, doktor, salesman dan sebagainya.  Dan paling penting, mereka menghormati anda kerana belum kenal atau rapat sepenuhnya. Internet,   Flyer dan SMS power adalah cara yang terbaik untuk menarik golongan ini.  Kemudian, ajar downline anda gunakan cara ini supaya tidak kehausan prospek.


TIPS

1. Cara nak "handle" WARM MARKET adalah menggunakan 3rd party (pihak ketiga) iaitu upline kita.  Biar upline kita buat table talk dan closing bagi pihak kita.  Ini kerana, kawan-kawan kita lebih respect orang luar  berbanding kita

2. Cara untuk mencari COOL MARKET mudah sahaja.  Sebarkan flyers di merata tempat. Contohnya peti surat, kereta, bawah pintu dan sebagainya.  Cara lain adalah dengan menggunakan SMS power.  Nombor telefon boleh didapati dari majalah, akhbar, keratan iklan di bus stop, banner dan sebagainya.


1.  SMS power

Contoh 1: Ramai orang menghadapi masalah kewangan tetapi tidak tahu mengatasinya.  Hubungi saya sekiranya anda mahu mengatasinya.

Contoh 2: Pernahkah anda rasa income anda setahun menjadi income anda sebulan atau income sebulan menjadi income sehari?  Nak tahu hubungi @ sms 013-XXX XXX

Contoh 3: New idea in making money, simple plan making money with no risk!  Never try never know.  Interested?? SMS @ call me 019-XXX XXXX


TIPS

  1. Cara sms adalah 3 kali berturut-turut (3 hari).  Hal ini kerana, pada kali pertama, sms anda akan dipadamkan.  Sms kali kedua prospek akan mula perasa 4 angka terakhir nombor telefon anda dan sms kali ketiga barulah dia akan bertanya kepada anda

2.  Cara menjawab sms atau email

Contoh 1

Tahniah kerana anda orang ke 10 menghubungi saya.  Sila nyatakan nama, umur, tempat tinggal dan masa yang sesuai untuk saya terangkan sesuatu yang menarik untuk anda. Terima kasih.

Contoh 2

Tahniah kerana berkata "YES" kepada peluang yang saya beri.  SMS / e-mail kan nama anda dan saya akan hubungi anda untuk tetapkan tarikh temujaji secara live dengan saya.

Contoh 3

Terima kasih kerana sabar menunggu.  Saya bersama pelanggan saya sekarang.  Sila nyatakan nama, umur, tempat tinggal dan masa yang sesuai untuk saya terangkan rahsia bagaimana saya dapat RM20,000.00 dalam masa 7 bulan.  Penerangan saya adalah percuma.

Contoh 4

Tahniah!  Anda pemanggil yang ke 15 pada hari ini.  Sila sms nama, tempat tinggal dan saya akan hubungi anda untuk menetapkan tarikh temujanji 30 minit secara live dengan saya.  Saya akan hubungi anda selepas selesai perbincangan dengan pelanggan saya.

Contoh 5

Maaf dan terima kasih kerana sabar menanti.  Adakah anda "free" sekarang?  Saya ingin menghubungi anda untuk menetapkan tarikh temujanji kita.

TIPS

  • Dapatkan temujanji dengan prospek dan bukannya menerangkan dengan panjang lebar pasal bisnes kita dalam telefon.

Bersambung ke post akan datang......

Filed under: Softskills No Comments
5Jan/090

Promosi Awal Tahun 2009

Pendaftaran Keahlian PERCUMA

USANA sekali lagi melancarkan promosi keahlian percuma bermula 5 Januari - 23 Januari 2009.

Pendaftaran RM99 adalah percuma. Prospek anda hanya perlu bayar untuk pakej 1BC atau 3BC sahaja.
Ambil peluang ini untuk mendaftarkan seramai mungkin prospek anda.

Target 2009

Langkah pertama yang perlu kita tetapkan awal tahun 2009 ialah mencapai ranking DIRECTOR . Untuk mencapai DIRECTOR anda perlu ada 3000Points di sebelah kiri dan kanan anda.  Pastikan anda dan group maintain DIRECTOR ni sebab incomenya seminggu RM2160. Sebulan dah ada RM 8640.

Kenapa perlu DIRECTOR ?

  • Jika anda dapat melahirkan 2 orang DIRECTOR, pasti anda sendiri secara automatik akan mencapai ranking SILVER DIRECTOR.

Kenapa perlu maintain DIRECTOR untuk group?

  • Jika group maintain income DIRECTOR setiap minggu, peluang anda mencapai GOLD DIRECTOR sangat tinggi. Ingat yer, naik GOLD DIRECTOR tahun ini dapat percutian ke PERTH AUSTRALIA. Kan best income dapat, percutian free pun dapat...

Saya sentiasa mendoakan kejayaan anda semua !!

Filed under: Matlamat, Promosi No Comments
4Jan/090

Promosi Percutian Terhebat 2009

Assalamualaikum

USANA baru sahaja melancarkan satu Promosi Percutian Terhebat 2009.
Bagaimana nak nak melayakkan diri?

Anda perlu layakkan diri anda ke ranking GOLD DIRECTOR sebelum bulan Oktober 2009..

Ganjarannya...

Percutian 4 hari 3 malam ke Perth Australia

kuasadua.com

kuasadua.com

Sama-sama kita target untuk mencapai GOLD DIRECTOR sebelum Oktober 09 ni.
Teruskan usaha sahabat2 sekalian, jangan putus asa teruskan berusaha...tanamkan semangat untuk mencapai target anda sempena tahnun baru dan Maal Hijrah ni..

22Dec/080

USANA Merubah Hidup Jeremy

Filed under: Kejayaan No Comments
1Dec/080

Promosi: Keahlian Percuma

Promosi terbaru dari USANA

Bermula dari 30 November 2008 sehingga 12 Disember 2008 ( 2 Minggu ) pendaftaran associates atau keahlian adalah PERCUMA.

Cuma bayar untuk Pakej 3 BC sahaja.

Cepat2 ambil peluang promosi ini untuk close lebih ramai prospek anda. Jangan lupa yer letakkan target mingguan anda, catatkan berapa pendapatan yang anda inginkan minggu ini...

Filed under: Promosi No Comments
25Nov/082

Sebab Kegagalan Perniagaan

Tiada siapa inginkan kegagalan dalam
perniagaan, namun kegagalan perniagaan tetap terjadi. Ianya
dikatakan lebih daripada 90% perniagaan yang dimulakan mengalami
kegagalan.

Berikut adalah sebab-sebab kegagalan perniagaan. Pastikan anda
menjauhinya!

1: Tiada matlamat
Tiada matlamat yang jelas apa yang ingin dicapai oleh perniagaan
yang dibina. Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 1 tahun
dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 3 tahun
dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 5 tahun
dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda 10 tahun dari
sekarang? Matlamat akan menentukan arah tuju sesuatu perniagaan.
Tanpa matlamat yang jelas, perniagaan tidak mempunyai daya dan
motivasi untuk berkembang.

2: Tidak mengutamakan pelanggan
Pelanggan merupakan aset utama apa sahaja perniagaan. Utamakan
pelanggan oleh kerana apa sahaja perniagaan berfungsi untuk
memenuhi keperluan pelanggan. Ianya sering dikatakan dalam
buku-buku perniagaan bahawa pelanggan adalah raja!

3: Tidak usahakan jualan
Keuntungan perniagaan datangnya dari jualan. Amat jarang sekali
sesuatu jualan akan datang dengan sendiri. Usahawan perlu
mengusahakan untuk mendapatkan jualan. Pastikan momentum diteruskan
untuk mendapat jualan demi jualan oleh kerana tanpa jualan, tiada
keuntungan!

4: Tidak sabar
Naluri ramai usahawan adalah untuk menjadi kaya dengan segera.
Perniagaan perlu dilihat untuk mendapat keuntungan jangka waktu
panjang dan bukan meraih keuntungan maksima pada jangka waktu
singkat.

5: Gagal meletakkan prioriti
Ianya dikatakan, 20% daripada usaha akan menghasilkan 80% daripada
pulangan. Kesilapan ketara bagi mereka yang tidak bijak meletakkan
prioriti adalah memberi fokus kepad 80% usaha perniagaan yang hanya
memberi 20% daripada pulangan. Agihkan kerja-kerja perniagaan yang
tidak memerlukan masa dan tenaga anda kepada orang lain supaya
tenaga dan masa anda dapat ditumpukan pada aktiviti 20% yang
memberi keuntungan 80%.

6: Melakukan sesuatu di luar bidang
Sebaiknya, jalankan perniagaan di mana letaknya kekuatan anda.
Memulakan perniagaan yang bukan dalam kekuatan anda hanya akan
mengurangkan motivasi anda.

7: Tidak mempunyai daya saingan pada produk atau perkhidmatan
Persaingan semakin sengit dalam arena perniagaan. Sesuatu
perniagaan perlu mempunyai daya saingan yang hebat berbanding
dengan pesaing dari segi lebih baik, atau lebih murah, atau lebih
pantas dari pesaing. Tanpa daya saingan untuk membezakan anda
dengan pesaing, ianya hanya akan menenggelamkan perniagaan anda.

8: Produk tidak memenuhi keperluan pelanggan
Mempunyai produk untuk dijual adalah langkah utama memulakan
perniagaan. Namun, dengan mempunyai produk sahaja, tidak mencukupi.
Produk yang dijual perlu dapat memenuhi keperluan pelanggan.
Mungkin anda ingin jual bahan kosmetik untuk memutihkan kulit,
tetapi produk anda bukan sahaja memutihkan wajah pengguna, ianya
menyebabkan kulit berminyak di wajah pengguna pula. Maka, produk
tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pengguna.

9: Produk dan perkhidmatan pelanggan yang tidak berkualiti
Zaman ini, pelanggan mementingkan kualiti produk dan perkhidmatan
pelanggan. Oleh kerana persaingan semakin tinggi, terdapat
berbagai-bagai pilihan yang boleh dibuat oleh pelanggan. Produk dan
perkhidmatan yang berkualiti akan menjadi pilihan utama.

10: Gagal mengenalpasti pelanggan
Siapakah bakal pelanggan anda? Dimana komuniti bakal pelanggan
anda? Apakah kemampuan kewangan bakal pelanggan anda? Bagaimana
caranya anda boleh mencapai bakal pelanggan anda? Strategi
perniagaan adalah menetapkan tumpuan pasaran anda (niche market).
Dengan menetapkan tumpuan pasaran anda, ianya adalah lebih mudah
mengenalpasti pelanggan anda untuk melakukan sebarang jualan.

11: Lemah dalam urusan kewangan
Fahami angka kewangan perniagaan anda. Pastikan setiap transaksi
perniagaan diambil kira dan walaupun bunyinya mudah, namun, terlalu
banyak perniagaan membelanja lebih daripada apa yang diterima.
Bijak dalam berbelanja untuk perniagaan, walaupun usahawan perlu
mengambil risiko kewangan, namun risiko yang terbaik adalah risiko
yang telah diselidik.

12. Gagal mengikut trend semasa dan pasaran
Trend dan pasaran berubah mengikut masa. Satu ketika dulu, walkman
menjadi pilihan utama muda mudi berhibur, kini trend sudah berubah
menjadi pemain MP3! Usahawan perlu peka kepada trend semasa dan
pasaran supaya perniagaan sering dikemaskini mengikut arus zaman.

13: Perbelanjaan overhed yang tinggi
Seringkali kos overhed memakan segala keuntungan perniagaan.
Pastikan kos overhed adalah pada minimum. Kos overhed termasuk kos
elektrik, kos pekerja, kos premis, kos air, kos Internet dan
sebagainya. Kos overhed akan sentiasa dikenakan setiap bulan.
Sekiranya kos overhed mencecah RM20,000 setiap bulan, maka,
keuntungan perniagaan perlu melebihi RM20,000 hanya untuk mendapat
keuntungan.

14: Tiada perancangan perniagaan
Tidak melakukan perancangan adalah merancang untuk gagal. Sediakan
pelan dan langkah-langkah untuk mengembangkan perniagaan anda.
Aturkan strategi pemasaran dalam mendapat pelanggan yang ramai.
Perniagaan menjadi cemerlang bukan kerana nasib, tetapi kerana
perancangan perniagaan yang lengkap.

15: Perancangan tanpa tindakan
Perancangan hanyalah langkah pertama. Perancangan tanpa tindakan
susulan tidak akan membuahkan hasil! Pastikan apa yang dirancang,
diimplementasikan. Apa akan terjadi sekiranya apa yang dilaksanakan
tidak menjadi dan gagal? Tidak mengapa, kegagalan akan mengajar
anda untuk mengubah perancangan. Kegagalan adalah guru yang paling
baik dalam perniagaan sekiranya anda membenarkan diri anda
mempelajari dari kesilapan.

Dengan mengetahui dan memahami sebab-sebab kegagalan perniagaan,
ianya dapat membantu anda menghindari dari kegagalan perniagaan.
Namun begitu, perlu diingat juga bahawa, sekiranya sekiranya rezeki
perniagaan tidak menyebelahi anda dan anda menghadapi kegagalan,
gagal sekali, bukan bermaksud gagal selamanya. Teruskan usaha oleh
kerana kejayaan sering dijumpa disebalik kegagalan!

Dipetik dari Laman Web Irfan Khairi

20Nov/080

Kepentingan Director

Assalamualaikum Para Leader & Sahabat KuasaDua,

Alhamdulillah kami baru sahaja habis mengadakan Prebiu di DPMM Kuala Terengganu mlm ini. Esok kami akan ke Prebiu di Kuantan pula. InsyaAllah kami akan sentiasa memberi komitmen terbaik bagi memastikan ramai ahli KuasaDua yang berjaya mencapai matlamat masing2.

Hari ini saya cuma mahu berkongsi kepentingan mencapai pangkat DIRECTOR. Utk pengetahuan untuk mencapai Director anda cuma perlu ada 3000pts kiri & 3000pts kanan. Jadi jumlah pendapatan anda

Seminggu RM2160
Sebulan RM 8640

Kan besar income bila kita target ke pangkat pertama iaitu DIRECTOR ni. Ini sebagai satu kunci utk anda mendapat pangkat seterusnya. Maknanya bila tak dpt kunci pertama susah untuk ke pangkat seterusnya.

Satu lagi bila semua ahli kumpulan anda target ke DIRECTOR semakin mudah anda untuk mencapai SILVER DIRECTOR. Jadi sekarang juga ambil buku catatan anda dan tetapkan tarikh untuk anda mencapai pangkat DIRECTOR. Mulakan langkah anda segera !! Semoga berjaya, INSYAALLAH !!

Filed under: Matlamat No Comments
16Nov/080

CERITA SEEKOR KUDA DAN SEMUT

ADA suatu hari, seekor kuda sedang beristirehat kerana merasa kepenatan setelah memikul barangan yang membebankan. Beban yang cuma sebesar setengah daripada punggungnya itu telah diletakkan dipunggungnya oleh majikan kuda itu.

Perjalanan yang begitu berat ditambah pula hari yang begitu panas terik, maka kuda itu pun beristirehat di pohon rendang, dengan nafas yang termengah-mengah dan mulutnya berbuih-buih.

Ketika kuda itu sedang beristirehat tidak sengaja lalulah segerombolan semut yang kelihatan sedang bernyanyi-nyanyi dengan riang gembira sambil membawa makanannya juga.

Sambil membawa beban masing-masing, ada yang membawa bangkai, tulang-tulang binatang termasuk cebisan-cebisan ayam dan sebagainya lagi. Kuda itu itu terasa kehairanan apabila melihat segerombolan semut itu senang hati dengan riang gembira bernyanyi-nyanyi.

Semut juga melihat kuda terduduk dalam keadaan kepenatan. Sebaik sahaja menghapiri kuda tersebut, pimpinan semut itu bertanya kepada kuda, “hai kuda, apa yang sedang kau lakukan di sini.”

“Saya sedang berehat wahai semut,” jawab kuda.

“Kenapa kau kelihatan begitu penat sekali,” tanya semut lagi.

“Itulah dia saya begitu penat sekali sebab membawa beban ini, beban yang tidak sebesar badanku ini tapi tersangatlah penat bagiku,” jawab kuda itu lagi.

Maka semut itu pun bertanya, “punya siapakah beban yang kau bawa itu, wahai sang kuda?”

Maka kuda pun menjawab, “punya bosku yang ada di sana yang sedang minum dan makan-makan di bawah pohon itu.”

“Oh begitulah ceritanya,” kata sang semut tersebut sambil tersenyum..

Sang kuda berkata, “eh! Kamu semua kenapa begitu gembira?” kata sang kuda kepada sang semut tadi.

“Kami memang begini setiap hari. Kami juga membawa beban yang berat bahkan lebih berat dari badan kami tetapi kami rasa gembira sekali.”

“Kenapa boleh jadi begitu ya?” tanya sang kuda dengan rasa hairan.
Ketua semut itu diam sejenak lalu berkata: “Barangkali kerana kita mempunyai jurang perbezaan wahai kuda.”

“Apa itu perbezaannya?” tanya kuda.

“Kamu membawa beban yang berat tetapi beban yang berat itu bukan kepunyaanmu, punya majikanmu yang sedang makan minum di bawah pohon sana sedangkan kami semua membawa beban memang lebih besar daripada badan kami tetapi beban-beban ini adalah punya kami sendiri, bukan punya bos kami,” demikian penjelasan semut itu.

Kuda itu termanggu-manggu tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tetap seekor kuda.

Apa moral dari cerita ini, barangkali kita pernah mendengar: “Saya tidak pernah berhenti, saya tidak akan menyerah.” Mengapa orang-orang yang sudah punya penghasilan yang begitu besar tidak pernah penat, tidak pernah menyerah.

Jawapannya cuma satu kerana mereka membawa beban yang dimiliki oleh mereka sendiri, bukan milik orang lain. Ini juga adalah ciri yang paling jelas mengenai perbezaan antara orang yang menjadi usahawan dengan orang yang bekerja makan gaji.

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Blog Isteri Tercinta

Kesihatan

Keusahawanan

USANA

FaceBook Saya

Recent Posts

Categories

Recent Comments

Archives

Live Traffic

Photobucket
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.