MEMBAWA PROSPEK KE ‘BUSINESS PREBIU’
· Berikut disenaraikan ayat2 yang patut anda gunakan untuk mengajak kengkawan anda.
· Jangan cerita banyak2, ditakuti anda menyebarkan ajaran sesat.
· Dan sememangnya kengkawan kita berfikiran negatif terhadap apa yang kita ceritakan kerana kita tak ada pengalaman.
· Jaga reputasi dan kredibiliti anda dengan tak cerita banyak2. (Lagi banyak anda cerita lagi mereka tak percaya, lagi mereka negatif lalu mereka mencipta alasan untuk anda. Dan biasanya alasan tersebut bertemakan ‘mengapa anda tidak perlu mendapat pendapatan RM20,000 sebulan’. Mereka rela bersusah payah beralasan kerana tidak rela sakit mata serta pedih hati bila tengok anda berjaya).
· Ingat : Orang gagal sememangnya tidak suka kepada orang berjaya dan sedang menuju kejayaan.
· Cuma pilih satu ayat di bawah & gunakannya.
KATEGORI AYAT SKEMA
“Saya baru terjumpa satu peluang bisnes part time yang bagus dan saya amat tertarik dengannya. Jom ikut saya malam ini.”
“Saya baru saja menemui satu bisnes yang memerlukan lebih dari seorang untuk menjalankannya. Jom ikut saya malam ini.”
“awak berminat tak untuk mendapat ‘side income’ RM1000 dan ke atas sebulan. Jom ikut saya malam ini.”
“Awak serabut tak dengan rutin kita sekarang ni: study – makan – tido – tak ada duit. Saya dah tahu bagaimana nak buat perubahan untuk lebih enjoy dan dapat duit. Jom ikut saya malam ini.”
“Saya sekarang terlibat dalam satu bisnes menolong orang dapat side income. Saya rasa ko kena tengok. Jom ikut saya malam ni.”
“Jika saya tunjuk kat awak jalan untuk mendapat income waktu belajar, tanpa ganggu study, awak nak tahu tak? Jom ikut saya malam ni.”
KATEGORI AYAT POWER
“Apa impian ko?”
“Ko nak jadi jutawan tak?”
“Ko minat duit tak?”
“Ko pernah jumpa tak bisnes yang untung besar tapi modal kecil?”
“”Bila ko rasa ko boleh pakai Mercedes Benz Compressor?”
“Ko nak tak kalo aku nak bagi duit kat ko?”
“Kau nak tak bersara muda bersara kaya?”



